Wednesday, November 19, 2008

lapan

pada suatu hari,
seorang perempuan menangis teresak2.

dia melihat semua perempuan di dalam kampungnya sudah mula dikahwinkan. dia sayu kerana dia tidak punya sesiapa setelah sekian lama.

dia tahu semua itu gara2 sifatnya yang dari awal sudah mencanang yang dia hanya akan berkahwin sama anak raja. namun kini usianya sudah terlalu lewat. nan setiap gadis lain sudah pun disunting, kecuali dirinya.

maka hari itu yang dia teresak2 itu, dia katakan pada semua yang sesiapa sahaja akan diterima untuk memperisteri diri jelitanya. wajah bak purnama, dengan bibir merekah delima, perempuan itu tidak sampai sehari pun sudah dipinang orang.

perempuan itu gembira.

meski sang lelaki yang melutut di depan kakinya itu adalah si miskin dan si hina. perempuan itu bilangkan tidak mengapa. sehinggalah pada hari mereka hendak dinikahkan, yang tiba2 perempuan itu mengatakan dia sebenarnya masih belum bersedia.

lelaki itu dilepas tangannya dengan lafaz ampun. tak perlu ditanya, sejurus itu si hina dina itu mati dengan penuh persoalan kenapa.

dan untuk peremouan itu, sehingga mati dicari2, anak raja masih tidak hadir dalam hidupnya.

Wednesday, November 5, 2008

tujuh

pada suatu hari,
kiambang terbangun dari tidurnya. terus, dia pandangkan si suami yang sedang enak dalam mimpi. sekali dengan itu, dia lihatkan keliling ruang yang hanya mempamerkan kawasan kosong beberapa depa.

kiambang sedar hidupnya jauh dari senang.

berhari2 dia tidak dapat tidur lena. dia asyik memandang hidupnya dari sudut yang kering dari bahagia itu.

sampai bila, tanyanya.

bagaikan doa yang terjawab, pada suatu esok, muncul sepucuk kertas dilayangkan dari istana ke sepelusuk kampung.

tertera kehendak sultan memperisterikan salah seorang bunga kampung untuk menunaikan janji baginda sebagai raja yang peduli rakyatnya.

kiambang jadi gelisah.
hatinya berkira2.

dan pada malam itu, dia berbaring dengan pisau di bawah bantalnya. dia membisik dalam hati yang dia akan tidur-tidur ayam sebentar, dan sebaik nyenyak lelaki itu, dia akan mengelar leher si suami.

pagi menyinsing sangat perlahan hari berikutnya.
si suami bangkit dan menggerakkan isteri yang dikasihi untuk bangkit.

malang sekali, perempuan itu sudah ajal dalam tidurnya.