Tuesday, December 2, 2008

sembilan

pada suatu hari,
satu temasya hendak diadakan di sebuat negeri.

raja dan permaisuri memang gah dengan baik budinya memberi makan rakyat jelata. pantang ada rasa gembira, pasti akan disuap ahli negerinya dengan segala yang elok belaka.

tapi temasya kali itu khusus sedikit. hanya untuk yang tertentu sahaja. setiap orang di dalam kawasan jajahnya tidak tersinggung. pekerti kedua2 raja dan permaisuri terlalu mulia sehingga permintaan kali itu tidak ada salahnya di mata mereka.

raja dan permaisuri bertitah, nan barangsiapa menepati syarat2nya, boleh mereka kongsikan daging2 rusa ditumis lada, dicolek2 buah2an ranum menghias meja, apa sahaja terpandang di mata mereka.

syurga.

syaratnya mudah.
sempurna dan setara akhlaknya.

dan di hari temasya itu dijalankan, tiak ada satu manusia pun yang terlihat. kosong. sunyi. sepi.

di kejauhan, seorang hamba sahaya terkekeh kecil, yang pada suara sayup2 itu pun jelas suaranya tersekat2 menahan ketawa.

raja jadi murka, merasa dirinya dimain2kan.
dipanggilnya sahaya itu lalu ditanya kenapa.

terketar2, si bahalol itu membuka bibirnya:
"harap duli yang mulia sedar, di antara jelata, tidak ada seorang pun yang sempurna. pacal2 hina ini sudah lama maklum, duhai tuanku, kerana itu tidak senyawa pun berani ke mari."

terdiam sang raja sama permaisuri.
di syurga indah itu, hanya berdua mereka sendiri.

kalaulah mereka tahu,
yang mereka tidak sedar diri.
mana ada manusia sempurna ke langit tinggi.

Wednesday, November 19, 2008

lapan

pada suatu hari,
seorang perempuan menangis teresak2.

dia melihat semua perempuan di dalam kampungnya sudah mula dikahwinkan. dia sayu kerana dia tidak punya sesiapa setelah sekian lama.

dia tahu semua itu gara2 sifatnya yang dari awal sudah mencanang yang dia hanya akan berkahwin sama anak raja. namun kini usianya sudah terlalu lewat. nan setiap gadis lain sudah pun disunting, kecuali dirinya.

maka hari itu yang dia teresak2 itu, dia katakan pada semua yang sesiapa sahaja akan diterima untuk memperisteri diri jelitanya. wajah bak purnama, dengan bibir merekah delima, perempuan itu tidak sampai sehari pun sudah dipinang orang.

perempuan itu gembira.

meski sang lelaki yang melutut di depan kakinya itu adalah si miskin dan si hina. perempuan itu bilangkan tidak mengapa. sehinggalah pada hari mereka hendak dinikahkan, yang tiba2 perempuan itu mengatakan dia sebenarnya masih belum bersedia.

lelaki itu dilepas tangannya dengan lafaz ampun. tak perlu ditanya, sejurus itu si hina dina itu mati dengan penuh persoalan kenapa.

dan untuk peremouan itu, sehingga mati dicari2, anak raja masih tidak hadir dalam hidupnya.

Wednesday, November 5, 2008

tujuh

pada suatu hari,
kiambang terbangun dari tidurnya. terus, dia pandangkan si suami yang sedang enak dalam mimpi. sekali dengan itu, dia lihatkan keliling ruang yang hanya mempamerkan kawasan kosong beberapa depa.

kiambang sedar hidupnya jauh dari senang.

berhari2 dia tidak dapat tidur lena. dia asyik memandang hidupnya dari sudut yang kering dari bahagia itu.

sampai bila, tanyanya.

bagaikan doa yang terjawab, pada suatu esok, muncul sepucuk kertas dilayangkan dari istana ke sepelusuk kampung.

tertera kehendak sultan memperisterikan salah seorang bunga kampung untuk menunaikan janji baginda sebagai raja yang peduli rakyatnya.

kiambang jadi gelisah.
hatinya berkira2.

dan pada malam itu, dia berbaring dengan pisau di bawah bantalnya. dia membisik dalam hati yang dia akan tidur-tidur ayam sebentar, dan sebaik nyenyak lelaki itu, dia akan mengelar leher si suami.

pagi menyinsing sangat perlahan hari berikutnya.
si suami bangkit dan menggerakkan isteri yang dikasihi untuk bangkit.

malang sekali, perempuan itu sudah ajal dalam tidurnya.

Monday, October 27, 2008

enam

pada suatu hari,
arman dan arjun merentas hutan.

mereka datang dari sebuah kampung yang pelik. di tempatnya, lelaki berzakar paling besar akan mendapat keselesaan menjadi ketua kampung. dan tak perlu diterangkan, mereka berdua tidak memiliki kemaluan yang boleh bertanding.

entah bagaimana, mereka terpisah di tengah2 sesat gelap jalan. sendirian, mereka menerawang di mana2 ruang meraka mampu pijakkan.

tanpa disengajakan, tertembung si arman itu dengan seekor gajah ajaib.

"aku gajah putih sakti. minta saja dan aku beri"

arman dengan malu2 meminta zakarnya menjadi besar, agar dapat didapatkan tempat ketua kampung yang dimahukan semua orang.

siapa yang tidak mahu korup.

gajah itu bilang, "kau pulang dan tidur. esok hari akan kau dapatkan"
arman gembira.

dia berjaya pulang ke kampung selepas beberapa hari. dengan tidak menunggu masa, dia bertemu tok ketua dan menunjukkan alatnya.

secara automatis, arman sekarang ketua di sana.
arjun cemburu. dia desak temannya untuk memberikan rahsia atau tangkal dipakai. hatinya jadi iri.

arman yang luhur menceritakan satu-persatu.

tanpa lengah, arjun berdesup ke dalam hutan. mencari2 hingga sesat berkali2. tetap dia mahukan.

yang mana usahanya membuahkan hasil.

dengan cara yang sama, gajah ajaib itu bertanya hendakknya.

"aku mahu alatku terpaling amat maha besar. besar seperti milik kamu, wahai gajah sakti!"

tamak sekali.

selesai, dia mencari jalan pulang untuk tiba sebelum malam itu juga. begitu teruja, mungkin.

pagi esoknya, kampung itu disentak satu jeritan yang paling dahsyat pernah mereka dengarkan.

rupa2nya,
gajah itu betina.

Monday, October 20, 2008

lima

pada suatu hari,
seorang ayah menengking anaknya yang bersikap bangsat.

anak itu yang tidak serupa diajar, begitu bongkak waima berbual sama ayahnya. berbalah atas jurang usia mereka, lebih parah kerana di antara mereka tidak wujud seorang ibu.

isteri lelaki itu sudah lama mati. atau mungkin diceraikan. mungkin juga dibunuh.
yang penting, anak itu tidak pernah mengenal siapa yang pernah melahirkannya.

tidak dia peduli semua itu, semenjak umurnya mencecah dua belas. ayah dia sentiasa menutup kehendaknya dengan nota2 bernilai yang lebih berfaedah digunapakai di toko2 fesyen dan permainan teknologi.

lebih kool, baginya.
apalah makna pun ada seorang bonda.
begini, bebas.

agaknya kerana itu anak itu membesar dengan lebih memuja wang dari keluarga.
mempeduli harta dari jiwa.

dan hari itu, yang pada suatu hari itu, sang ayah sudah tidak mampu lagi menjadi tembok menahan rasa.

anak itu sudah jadi bajingan.
dia wajib diajar.

habis segala perkataan maki yang bisa dijumpai dalam kamus dipakaikan secara paksa ke muka anaknya. kosa kata baru juga digabung2 sendiri demi untuk meluahkan rasanya.

mereka berbalah2. yang kalau diperlakukan di tengah2 pasaraya, pasti difikir mereka itu para pementas teater ulung yang begitu menjiwai watak.

kata mereka mati dengan satu tamparan garing di pipi anak. pedas dan memercik terus ke lubuk hati.

terus, anak itu terbang keluar dengan herdikan memutus tali darah.

ayah itu menangis sedu2. sudah habis usahanya. anaknya itu sesungguhnya binatang tidak punya perasaan. tidak pernah sudi merenung haknya sebagai seorang bapa anak itu.

sambil mempersoalkan tuhan dan mengenangkan ke mana silapnya, dia terlihat seorang lelaki yang manis wajahnya muncul di muka pintu.

tersenyum, dengan niat memberi sabar, lelaki manis itu berkata:
"sayang, gaduh sama mimi lagi?"

Tuesday, October 14, 2008

empat

pada suatu hari,
irwan bermimpi giginya patah.

menurut kata orang2 tua dahulu kala, barangsiapa diberi mimpi seumpama, nescaya akan ada sanak saudara atau sahabai terapat akan meninggal dunia.

irwan takut.

sejak itu, dia tidak ada mahu untuk makan. tidurnya diganggu fikirannya yang sentiasa elok pekertinya. fitrahnya yang biasa hidup dan cemerlang menjadi layu.

dia sangat takut.

seminggu dan beberapa hari telah berlalu. seorang teman yang antara terpaling rapat dengan irwan mula khuatir.

"ada apa dengan engkau, wahai rakan manisku?"

irwan yang pada asalnya mengunci bibir, akur setelah dimanja dengan pujukan risau sebegitu.

"aku didatangi bayangan sial ketika tidur"

dikisahkan setiap butir igau ngerinya dengan jelas. seterang ilusi yang terlalu realistik itu tempoh hari.

dan seperti mana seorang taulan yang benar2 mengambil kira suara hati sahabatnya, irwan ditenangkan rakan itu dengan sedikit kekeh kecil.

"mainan tidur, setiap itu"
"tidak"
"usah risau"
"benar!"
"orang2 tua cuma kata2 sahaja. jgn kau olok2kan akal kau"

berlarutan perbualan mereka hingga ke pagi.

irwan masih tegang urat lehernya menjuangkan apa yang dipercaya.
sahabatnya terus memujuk yang terbaliknya.

terus-terusan.

sehingga irwan tanpa diniatkan, mengambil ruas jemarinya yang dikepal. memberinya bertubi2 pada dada dan wajah temannya.

terus dan terus.
sampai nafas hilang dari hidung berlinang raksa merah itu.

sungguh benar kata orang2 tua.

Saturday, October 11, 2008

tiga

pada suatu hari,
sebuah kerajaan telah diserang musuh beraskar naga dan gajah neraka.

seorang puteri yang baru sepurnama ditabal menjadi permaisuri kerana bersatu sama sang putera raja telah ditawan di puncak istana.

putera diikat lengan dan kakinya.
kepala disekat memandang pasangannya.

puteri disiat persalinan seluruh.
dan di depan suami, diratah musuh.

bagai binatang, si perempuan itu dimamah tanpa kasihan.
dijilat kulitnya, disedut nafasnya tanpa ada jiwa.
suara menyerak, menghilang dan sayup.
yang mampu cuma bercucur nyawa.

namun tidak cukup lagi.

selesai tubuhnya selesai, putera itu nan dahulunya kacak bercahaya dipenggal jemala, berguling di telapak isterinya yang telanjang.
terbiar, si puteri keras ditinggalkan musuh dengan akal yang hilang.

beberapa purnama berlari2 datang pergi.
puteri yang sekarang ini sekadar perempuan masam di dalam bangsal mula merasa loya dan berpinar.

ada nyawa dalam kandungan!

dan malam itu, dia memanjat kerusi dengan tali di leher bersedia mencengkam untuk menemukannya sama malaikat kematian.

semua sudah sedia.
kecuali dia.

kalau di dalamku ada secebis syaitan itu,
akan aku bawa dia ke jahanam!
... namun kalaulah pula ini sepercik suamiku,
nescaya hendak aku terus hidup dengan sedikit dia.

kaki sudah mahu menangkis bangku.
hatinya ada rasa tak mahu.

tuhan, dia tidak tahu.
lalu bagaimana?

Friday, October 10, 2008

dua

pada suatu hari,
atas urusan keluarga, seorang gadis dan seorang jejaka berkahwin.

mereka hidup dengan biasa.
tiada begitu kaya.
tiada pula papa.

sangat biasa.

di satu purnama, hati sang isteri itu sayu kerana terfikirkan ibu bapanya yang jauh di seberang samudera.

ajaibnya, setiap airmatanya itu secara tiba2 menjadi berlian dan intan.

dan seperti siapa2, suaminya hilang timbangnya.
tamak dan gila.
dia mahukan lagi.

lebih banyak permata untuk menghias kosong jiwanya.
lebih berlebih lagi.
cukup?
jauh sekali.

ditunggu hari2 yang lain, si isteri tidak pula bersedih.
dilakukan bermacam2, segala nista, ditengking segala,
tetap sang isteri itu tidak menitik air mata.

dan di suatu hari, setelah habis semua cara,
diambil bilah tajam, dicungkil kedua mata isteri itu dengan haloba.

benar.
ada permata, intan, berlian di tengah kepala kaku itu.

tapi tersedar dia.
itu yang terakhirnya.

kalaulah disiksa lagi,
atau dibunuh ibu bapa isterinya,
mungkin dikelar2 jiwanya siksa,
pasti ada lagi air dari mata dia.

atau yang paling mudah,
percikkan bawang ke mata isterinya.

betapa bodoh.

Thursday, October 9, 2008

satu

pada suatu hari.

pada.
suatu.
hari.

semua bermula dengan suatu hari.
kenapa.

sebab semua orang mau lari dari hari semalam2.
atau mengelak untuk memikir hari2 mendatang.

apa beza dengan hari itu?
yang suatu hari itu?

nama aku juwita.
dan aku melankolik.
pembinasa dan pemusnah.

di sini,
semuanya bermula dengan
"pada suatu hari"