Tuesday, December 2, 2008

sembilan

pada suatu hari,
satu temasya hendak diadakan di sebuat negeri.

raja dan permaisuri memang gah dengan baik budinya memberi makan rakyat jelata. pantang ada rasa gembira, pasti akan disuap ahli negerinya dengan segala yang elok belaka.

tapi temasya kali itu khusus sedikit. hanya untuk yang tertentu sahaja. setiap orang di dalam kawasan jajahnya tidak tersinggung. pekerti kedua2 raja dan permaisuri terlalu mulia sehingga permintaan kali itu tidak ada salahnya di mata mereka.

raja dan permaisuri bertitah, nan barangsiapa menepati syarat2nya, boleh mereka kongsikan daging2 rusa ditumis lada, dicolek2 buah2an ranum menghias meja, apa sahaja terpandang di mata mereka.

syurga.

syaratnya mudah.
sempurna dan setara akhlaknya.

dan di hari temasya itu dijalankan, tiak ada satu manusia pun yang terlihat. kosong. sunyi. sepi.

di kejauhan, seorang hamba sahaya terkekeh kecil, yang pada suara sayup2 itu pun jelas suaranya tersekat2 menahan ketawa.

raja jadi murka, merasa dirinya dimain2kan.
dipanggilnya sahaya itu lalu ditanya kenapa.

terketar2, si bahalol itu membuka bibirnya:
"harap duli yang mulia sedar, di antara jelata, tidak ada seorang pun yang sempurna. pacal2 hina ini sudah lama maklum, duhai tuanku, kerana itu tidak senyawa pun berani ke mari."

terdiam sang raja sama permaisuri.
di syurga indah itu, hanya berdua mereka sendiri.

kalaulah mereka tahu,
yang mereka tidak sedar diri.
mana ada manusia sempurna ke langit tinggi.

6 comments:

Farah Rosni said...

tak kira siapa. walau nampak sempurna sekali, pasti ada celanya.

MaNuSiA_RuMiT said...

manusia itu, tiada yang sempurna

JimeMalek said...

yeah!
btol btol!
mne ade manusia smpurne smpai langit 7?
hahaha! XD
tpi selalu ade manusia yg bjet diri fier ituh smpurne!
yeaaah!
XD

david santos said...

Happy New Year...

Noor Amin bin Ahmad said...

maka mari kita hidup sempurna.

err, maksud aku dengan menghargai kekurangan dan kelebihan masing2.

boleh?

dan itulah kesempurnaan :)

sampai kita temui Tuhan.

aisyah said...

tiada seorg insan bagiku yg sempurna
hanya Dia yg sempurna
syurga ciptaanNya
milikNya sahaja
dan hanyalah Dia shj yg layak.

teruskan coretanmu!