Friday, January 9, 2009

sebelas

pada suatu hari,
seorang direktor filem hendak mengarah sebuah cerita hebat.

dia sudah bosan membikin seni yang tipikal. dia sudah benci mencerita sesuatu yang fizikal. dia hendak menjadi sesuatu yang unik. sesuatu yang pelik.

mungkin mendapat kreditasi atas sesuatu yang lebih artistik.

lalu dia fikirkan apakah sentimen terbaik untuk diketengahkan. hendak ditangkap kisah perang, sesungguhnya wang tidak ada pada tangannya. hendak dikumpul cerita cinta, sesungguhnya sudah tidak ada apa yang belum ditontonnya.

dan di hari itu, direktor itu tersentak.
dia akan membikin suatu yang agung.

tentang ketuhanan.
tentang cinta abadi.
tentang keinsafan.
tentang muhasabah diri.

berbulan2 dia cipta olah jalan ceritanya.
akhirnya selesai, dan dipertonton pada serata jelata.

filem pendek berkisar tentang manusia yang sehina2 menjadi insan yang seinsaf2nya.
nan ditonton setiapnya, terus mengundang airmata malu pada tuhan dek merasa nista.

bagus sekali.
terlalu bagus, kerana lakonan karektor yang sedang berpuisi tentang kerdilnya isi hatinya pada tuhan, ketika dia menunjuk segan atas dosanya di masa2 yang tertinggal itu, begitu hidup dan berkesan.

sama hidup dan berkesannya lakonan watak itu ketika berkucup dengan wanita berdada besar tersembul di celah perca kainnya di awal plot ceritanya tadi untuk menunjukkan kejahanaman sifat karektor asalnya.

begitu hidup dan berkesan, sehingga ketika tamatnya tayangan, semua penonton berdiri dan bertepuk tangan.

bahalol.

4 comments:

Shafri said...

kenapa perlu buktikan keburukan yg nyata kpada penonton??..
uish... perlukah??

Artozy said...

hati tergaru-garu
untuk membaca
lagi dan lagi

;)

P.E.N.S.I.L L.A.N.G.I.T said...

Pembentukan fikiran manusia beza.
Manusia umum selalunya tipikal bohsan.. Ada suara2 sebegini, poros seni mungkin makin membesar. Tapi, perlu hati-hati dengan tahap paradigma masyarakat yang masih lagi tandus dalam bahagian2 jati diri..

slm kenal..

duwenk
http://duwenk.wordpress.com

mirachantek said...

tangan bertepuk tanpa tindakan susulan. hampeh juga jadinya