Wednesday, May 6, 2009

empat belas

pada suatu hari,
ada seorang gadis yang bergantung hidupnya pada angin.

setiap kali angin menghembus wajahnya, dia risau.
dia selalu rasa tertinggal.
dia selalu rasa terabai.

dia gelabah.

sebagai contoh, ketika angin dari tenggara membisik khabar ada anak nelayan berkayuh ke china untuk mendalami ilmu tabib, dia tidak menang duduk.
dia perlu ke china juga.

satu lagi contoh, ketika angin dari barat daya menghembus khabar ada puteri kayangan berayun ke timur tengah untuk mempelajari ilmu bintang, dia dia tidak mampu tunduk.
dia perlu ke timur tengah juga.

ada lain contoh, ketika angin dari timur selatan mengucap khabar ada orang kembara bertempur pasir ke temasik untuk mengenali cerita2 bunian, dia tidak boleh sekadar angguk.
dia perlu ke temasik juga.

begitu dia sekian lama.
sekian lama.

maka akhirnya dia tidak punya rumah sendiri.
entah di mana kuburnya nanti.

mungkin di awan.
mungkin di kayangan.
mungkin di lautan.
mungkin di daratan.

itulah dia.
kalau hidup atas angin.

5 comments:

mirachantek said...

maknanya..tiada yang tetap?

ochs widdle said...

angin dan lalang boleh berkawan baik?

aloy_paradoks said...

kesian,,, entah apa yg dikejar..

chica said...

ciannye dia.....
diri ditiup angin...
tidak tetap, tiada hala...~

Kasut Span Hitam said...

"angin" dan "lalang"

dua ungkapan yang membawa makna berbeza.

tak salah hidup seperti angin...
masih ade pendirian... cuma rasa xcukup ilmu didada dan nak teroka semua.. maka terjadilah kembara dari selatan, barat, timur dan utara....

hidup seperti lalang lagi bahaya... bergerak ikut tiupan angin... xde pendirian... ikut kemana sahaja arah angin...


aku tahu kerana aku hidup seperti angin...