Sunday, December 6, 2009

enam belas

pada suatu hari,
ada seekor babi jantan.

kelihatan dia sedang mengherdik anaknya. dengan bunyi yang jijik lewat hidung terperonyoknya, babi itu memaki2 sang anak yang agak diam memasang telinga.

"khok khok khokkk" itu.
"khok khok khokkkkkkk" ini.

andai karektor babi2 itu dialihbahasakan, berkemungkinan besar babi jantan yang besar dan tua itu akan memperdengarkan marah tipikal seorang bapa kepada anaknya. itu tidak betul. ini tidak betul.

bapa babi itu tidaklah begitu amanah pada rupanya. namun, atas fakta dia adalah punca kelahiran si anak babi, pada hakikatnya, babi jantan itu punya mandat untuk memperkasa kuasa pemilikan pada anaknya.

"kau jijik, wahai anak babi"
"mengapa kau begitu hodoh, wahai busuk?"
"kau sangat memalukan, wahai bangsat"
"berhenti makan lumpur, wahai si hidung ronyok!!"

anak babi yang dari tadi berdiam membuka mulutnya.
"tapi mengapa, wahai ayahanda..?"

babi jantan tadi seolah sudah jadi singa. tidak pernah seumur hidupnya dilawan2 kata. tidak pernah seluruh usianya dipangkah cerita. dia jadi marah.

berani anak babi ini membidas beta!

maka dibantaipukul dihenyakcantas anak babi itu. terpinga dan terpana, dia. sehingga lembik tak mampu berkata.

babi jantan itu berlalu pergi. tidak kembali2.
dia benci.
dia lari.
dia pergi.

dan pada sepuluh tahun yang mendatang, ketika dia sedang bergelut sama maut, dia buka mulutnya dan bertanya ke arah langit.

"mengapa aku diberi anak babi?"

kasihan.

mungkin tidak dia tahu,
mungkin tidak diperasankan;

dia sebenarnya seekor babi.
maka mana mungkin lahir anaknya sebagai merpati.

8 comments:

syaza nazura binti noor azmi:) said...

nice one :)

suka2.keep it up!

ochs widdle said...

realiti hidup yang sebenar..

terlalu inginkan kesempurnaan..

aai syaqie said...

dalam
:)

Arjuna Qaseh said...

babilah!
opsss..
sorry.
bleh kan?
xleh eh..
hoho..

Anonymous said...

Mungkinkah anak babi itu asalnya seekor merpati...?

Dibeli dan dijinakkan oleh seekor babi betina yang bertipu helah dan berhasad dengki..?

Kehinaan babi itu menjalar dari zahirnya hingga penuh melimpahi sanubari...?

Hinggakan melihat sang merpati yang
keramat itu juga sama seperti dirinya seekor babi...?

Kasihannya sang babi....membabikan sang merpati...

Mungkin kebabiannya telah mula terkesan....akibat perangai dan sifat semulajadi sang babi.

Insaflah wahai sang babi, kamu hidup diatas ihsan merpati. najisnya kau jadikan rezeki,untuk menampung hidupmu yang tidak berperi..

hentakbelipat said...

tajam lagi berduri

Atia Adina said...

adat hidup inginkan kesempurnaan...
cerita yang amat simple dan memperingatkan kita agar sentiasa kembali kepada jalan yang satu..

NS BR said...

nice story..friend sort but sgt amat b'makna . alhamdulillah syukur atas aper yg aq ader :)