Saturday, July 13, 2013

lapan belas

pada satu hari,
zikri menanam benih nangka.

selepas beberapa tempoh,
berbungalah ia.
seterusnya berbuah cantik2 pula.

namun di setiap kali beberapa hari sebelum dipetik untuk disaji dimakan keluarga--
berulatlah ia.
atau terbusuk--
terkadang terosak jua.

begitulah kisah zikri dan nangka dia.
begitulah kejadiannya di setiap kali--
di setiap masa.

moga2 zikri tersedar--
baja termahal, tanah tersubur, air terkaya--
takkan bermakna--
selagi nangkanya tak dibalut terhijab dari kerosakan dunia.

No comments: