Wednesday, November 19, 2008

lapan

pada suatu hari,
seorang perempuan menangis teresak2.

dia melihat semua perempuan di dalam kampungnya sudah mula dikahwinkan. dia sayu kerana dia tidak punya sesiapa setelah sekian lama.

dia tahu semua itu gara2 sifatnya yang dari awal sudah mencanang yang dia hanya akan berkahwin sama anak raja. namun kini usianya sudah terlalu lewat. nan setiap gadis lain sudah pun disunting, kecuali dirinya.

maka hari itu yang dia teresak2 itu, dia katakan pada semua yang sesiapa sahaja akan diterima untuk memperisteri diri jelitanya. wajah bak purnama, dengan bibir merekah delima, perempuan itu tidak sampai sehari pun sudah dipinang orang.

perempuan itu gembira.

meski sang lelaki yang melutut di depan kakinya itu adalah si miskin dan si hina. perempuan itu bilangkan tidak mengapa. sehinggalah pada hari mereka hendak dinikahkan, yang tiba2 perempuan itu mengatakan dia sebenarnya masih belum bersedia.

lelaki itu dilepas tangannya dengan lafaz ampun. tak perlu ditanya, sejurus itu si hina dina itu mati dengan penuh persoalan kenapa.

dan untuk peremouan itu, sehingga mati dicari2, anak raja masih tidak hadir dalam hidupnya.

3 comments:

Sabrina said...

pernantian yang menyiksakan..

mengharap sampai begitu sekali,
sampai merana diri,

kelakar.
kasihan juga.

Amin Ahmad said...

dia membunuh diri tanpa sedar :)

dan 'si miskin' seringkali mati dengan ketulusan.

hidup penuh persoalan. dan aku kembara mencari jawab pasti, entah ada atau tidak.

aspirin said...

actually....
best puisi ni....huhu
menyatakan yang hidup ini jangan terlalu memilih...
sampai masanya kita kne terima dia seadanya,