Thursday, January 1, 2009

sepuluh

pada suatu hari,
seorang yang lalai dalam duniawi terjatuh ke dalam gaung hitam pekat.

dia memasang niat di dalam dada:
"andai dapat aku keluar dari sini, akan aku hidup semata mencari kebenaran sejati"

dan keajaiban berlaku kebetulan pada dirinya, dia berjaya bertahan nyawa dan diselamatkan.

sejak dari itu, setiap hari dia mencari2 sesuatu makna untuk hidupnya. dia hendak mengotakan janji pada keazamannya. dia mahu sesuatu yang memberi tanda benar di hadapan matanya.

lalu muncul seorang manusia di hujung pandang matanya. manusia itu sedang melintas lalu, maka diikutkan sang seorang itu, diekor sehingga ke sebuah pondok terpencil. dilihatkan manusia itu terus sujud dan menyembah tuhan. berlama2, sehingga sayu hati sang seorang itu untuk terus menurut si manusia.

berhari2, sekian lama.

berbulan2 telah pergi. dia sudah pun merubah dari sang seorang yang mengabai, menjadi seorang yang begitu peduli. dan dia jadi sangat suka sama dirinya yang baru.

dia pulang ke kampung halaman.
kembali dengan rasa syukur atas perubahannya.
balik ke pangkal dengan gembira dapat menjadi sesuatu yang dahulu bukan dia.

nan ditanya, sang seorang itu cuma senyum dan berkata: "syukur, aku sudah temukan diri aku", atau "terima kasih pada tuhan, kerana sudi memberi semula hak aku sebagai hambanya", atau "semua ini di atas tangannya".

dia dilihat sebagai seorang yang baru.

sekian lama, tiba2 dia terpandang manusia yang dahulu ditemukan di celah gelap rimba. seorang guru yang dikawankan tanpa sepatah pun bicara. seorang teman yang diturutkan semata kerana kebaikannya.

"salam atas engkau"
"ya"
"sebenarnya engkau siapa?"

manusia itu senyum.

"aku syaitan"

15 comments:

.::jarjar::. said...

erkk..seriusli..the ending buat aku seram..tapi buat aku x paham..mind to comment? =)

fynn jamal said...

syaitan tidak datang ke manusia semata2 utk menghasut berbuat jahat. ada masa, mereka dtg sbgai sesuatu yang kita sangka kebenaran.

ramai org mau baik. dan bila syaitan tahu niat itu, mereka akan dtg dlm pelbagai bentuk. dia takkan mampu pujuk kita berbuat onar bila kita sudah tekad utk tinggalkan kemungkaran. maka mereka dtg dlm samar2.

sebab itu ramai anak2 kita yang pernah hanyut dulu, bila kembali ke jalan benar, tidak faham dgn konsep mencari kebenaran.

mereka ikut buta2. semata2 kerana mengikut yang difahamkan, yang diikut itu sdg berbuat baik.

tulisan kali ini sesuatu yg deep. tapi saya harap tidak disalahfahamkan.

secara pendeknya, sebelum sesuatu, kenali dahulu.

org yang nampak baik tak semestinya yang baik. begitu juga sebaliknya.

mungkin berbuat baik kerana helah semata2.

kan?
:)

.::jarjar::. said...

fynn..thx for d explanation..seriusli i LOVE to read ur writings..
yup..betul tu..kadang2 orang suka belajar sendiri...bukan dengan guru...sbb tu byk je yg jadi sesat...lagipun..belajar tanpa guru kan ibarat belajar dengan syaitan..hmm..skrg baru faham entry ni...keep on writing..cause i'll keep on supporting (dari jauh) =)

.. said...

mmm.. i was also stump at d end.

d explanation made me tink deeper.

Anonymous said...

itulah sbb jgn mengikut tanpe usul-siasat, bertanya dulu. kan? :)

i mean, mmg bila org memberi nasihat/mengajar tu bagus, tp kite sendiri kena berinisiatif utk cari sumber utk mensahihkan apa yg kite dgr/belajar.

good story, kak fynn. oh btw, congratulations sbb dh menutup aurat :) (sgt syhadu menengok gmbr kak fynn & tri dlm post tu <--jgn terkejut.

take care. :)

sarancak! said...

this is brilliant.

mirachantek said...

sedang berfikir

aina syaqilah said...

sebab itulah didikan agama tu penting
sayang kakak !

Anonymous said...

actually..syaitan datang untuk menyesatkan manusia,tp entry ini menyatakan manusia itu ingin berubah kepada kebaikan dan mengikut petunjuk(syaitan) yang asalnya mahu menyesatkan dan manusia mengikut petunjuk itu yang seharusnya dia menjadi jahil tetapi sebaliknya....kerana ada setiap perkara yang buruk akan di manipulasikan menjadi baik dan sebaliknya...

ronron said...

woooh
cerita anda sgt menarik


memang menarik.

dan begitu menarik.

mmg seringkali belaku dlm khdupan.
dan anda bejya smpaikan dalam bentuk yg begitu menarik dan terkesan di hati.

hingga mampu wujudkan tanda soal di minda. dan mampu mbuat kepala tehangguk hanguk bila mbaca penjelasan anda.

dan begitu tekesan dhati. itu yg penting.

sangat menarik.

Rina Alwi said...

its amazing

.fairuzaimi. said...

Macam orang yang membaca alquran. Dan dibisik syaitan, kuatkan bacaan kau kerana itu perkara baik.

Menyumpah lah orang yang solat disebelah orang tadi. Kerana kuat bacaan nya, yang bersolat tak dapat seru kan khusuk.

Tak dengar pula orang yang baca alquran tadi, syaitan jeritkan bodoh pada dia. Dan yang bersolat pun, diejek kerana menyumpah.


..

Macam tu ke y k.fynn cuba sampaikan?

saya baru pertama kali sampai ke blog ni. selama ni sekadar sampai ke puisitepijalan.

saya suka cara k.fynn memerhati. Dan analisa sesuatu, dengan tapisan melalui perspektif yang berbeza. Untuk melihat, dari sudut berlainan.

Umm. Take care :) Salam k.fynn :)

Jerung Tempang said...

yeah. mendalam. situasi yg sama dan sdg dialami. mudah difahami klau drenung dlm diri. thnx kak fynn.

Farel Flitzer said...

Kadang2 diri terlalu inginkan perubahan setelah puas segala kejahatan yang dilakukan...

lalu sentimen "mencari kebenaran dilaungkan"...
Namun tak fahami apa sebenarnya yang diertikan kebenaran...

yang nyata didepan mata
tak selalunya boleh dipercaya...
ada saja isi tersirat disebaliknya...

sedarkan diri...
kita semua milik Ilahi... dengan kuasaNya kita berada dibumi... Dengan kehendakNya kita kembali...

tiada apa didunia yang benar2 pasti...
cuma yang kita ketahui...
yang pasti itu mati...

maka persiakanlah diri...
sebelum waktu itu menghampiri...
mane tahu.. mungkin sekejap lagi...

no name. i'm sorry said...

bilalah aku nk jadi hebat menulis macam gini.