Thursday, February 12, 2009

tiga belas

pada suatu hari,
seorang gadis dengan pisau di atas nadi tangan sebelah kanannya sedang menunggu masa yang sesuai untuk menarik bilah besi tajam itu laju2 dengan niat untuk mati.

airmatanya sudah seolah air renyai hujan senja yang biasanya dikatakan nenek2 kita ada syaitan, kalau diperhatikan elok2.

gadis itu sudah lama teresak2 di dalam ruang mandi rumahnya.
waktu sedemikian, yang ketika dia sedang hampir2 hendak membunuh nyawanya itu, pada kebiasaannya akan menyambut pulang sahabat rumah dia yang pulang dari mencari rezeki.

mata gadis itu sudah bengkil, tapi dia masih belum hendak sanggup.

dia mengambil masa dalam sepenanak nasi juga untuk beralih ke luar di ruang tamu. masih dengan pisau di jarinya, situasinya masih sama seperti tadi. yang beda, adalah ruang kejadian. dan seperti awalnya, masih lagi kawannya belum pulang.

gadis itu menunggu dalam sepertujuh hari lagi, kemudian dia pindah ke depan pintu masuk. dia tertidur dengan pisaunya.

di hampir pagi, dia tersentak. kawannya masih belum pulang.
dia bingkas.
betul2kan kedudukan nyenyaknya, namun masih memeluk besi itu.
"semoga ada yang nampak pisau ini, sekali sama bengkak merah mata aku."

dia bukan mahu mati.
sekadar mahu mata2 simpati.

pengecut.

6 comments:

Melody M. said...

Kasihannya orang yang macam ni. Terdesak mencari perhatian?

Zulfadli Zainal said...

mungkin kawan dia yang mati dulu.
tak sempat pulang.

sarah h said...

Mahu perhatian.

ochs widdle said...

kakak..

jika ada masa terluang updet la suarajiwajuwita ya..

rindu.;)

Aizuddin Jaafar said...

Perlunya kasih sayang.

aspirin said...

actually...
entry ini bahaya sekali, menyatakan yang mereka ini pengecut,tapi sebenar-benarnya mereka ini hipokrit...
mereka ini susah di jangkakan tindakan dan kelakuan yang akan datang kerana mereka sentiasa berpura-pura terhadap mereka...