Wednesday, January 19, 2011

tujuh belas

pada suatu hari,
ada seorang lelaki dinaikkan pangkat.

dia yang begitu rajin dan baik, penuh disiplin diangkat menjadi ketua. tapi sebagaimana bagus pun dia, kalau sudah namanya manusia, pasti hidupnya dalam kelompok2. dan dalam mana2 kelompok pun juga, tidak mungkin tidak, wajib ada yang hanyir sedikir hati2nya.

"ah! dasar! pasti ada dipakai guna2 pada tuan kita"
"uff. dalam banyak2nya, kenapa sang dia dipilih pula?"
"ini pasti ada cerita tersilau dari mata"

seumpama.

pada selalu, lelaki itu senyum dan terima. kalau pun ditanya orang2 sekerja, dia katakan tak apa; dia tidak ter-apa2. dia dengan teguh sopan menjawab bertegak dada.

"saya tak peduli itu semua. saya lebih kenal saya siapa"

bagusnya, kata orang2 yang ramai. sungguh mulia dan terpuji sifatnya yang aman. ditepuk2 semua sekalian yang ada, rasa beruntung mengenal manusia tabah sedemian rupa. disambung kembali kerja2 sehingga sudah. kalau hendak dipanjang2 cerita, sampai bila mau berhenti mulut mengata?

dan malam tiba.

setiap satu pulang ke rumah selepas memberi hormat pada lelaki yang baru menjadi ketua. disalam selamat seperti senja2 yang sudah2. "selamat jumpa esok, tuan baru", kata mereka. "kami ke warong berehat sebelum pulang ke suasana keluarga. usah digusar2 kata2 mereka2 yang keji rasa"

lelaki itu senyum.
"tahulah saya".

terhabis semua hilang dari mata, lelaki tadi mengambil masa dalam sepenanak nasi; dipastikan semua benar2 tidak ada, kemudian dijengket kaki yang ke arah warong di jalan simpang sana. tanpa diperhati, dan hanya selepas diyakin tak ada yang memperhati, dia lesetkan telinga ke dinding kusam warung minum itu dengan hati2nya.

aduhai.
rupa2nya dia peduli.