Monday, October 20, 2008

lima

pada suatu hari,
seorang ayah menengking anaknya yang bersikap bangsat.

anak itu yang tidak serupa diajar, begitu bongkak waima berbual sama ayahnya. berbalah atas jurang usia mereka, lebih parah kerana di antara mereka tidak wujud seorang ibu.

isteri lelaki itu sudah lama mati. atau mungkin diceraikan. mungkin juga dibunuh.
yang penting, anak itu tidak pernah mengenal siapa yang pernah melahirkannya.

tidak dia peduli semua itu, semenjak umurnya mencecah dua belas. ayah dia sentiasa menutup kehendaknya dengan nota2 bernilai yang lebih berfaedah digunapakai di toko2 fesyen dan permainan teknologi.

lebih kool, baginya.
apalah makna pun ada seorang bonda.
begini, bebas.

agaknya kerana itu anak itu membesar dengan lebih memuja wang dari keluarga.
mempeduli harta dari jiwa.

dan hari itu, yang pada suatu hari itu, sang ayah sudah tidak mampu lagi menjadi tembok menahan rasa.

anak itu sudah jadi bajingan.
dia wajib diajar.

habis segala perkataan maki yang bisa dijumpai dalam kamus dipakaikan secara paksa ke muka anaknya. kosa kata baru juga digabung2 sendiri demi untuk meluahkan rasanya.

mereka berbalah2. yang kalau diperlakukan di tengah2 pasaraya, pasti difikir mereka itu para pementas teater ulung yang begitu menjiwai watak.

kata mereka mati dengan satu tamparan garing di pipi anak. pedas dan memercik terus ke lubuk hati.

terus, anak itu terbang keluar dengan herdikan memutus tali darah.

ayah itu menangis sedu2. sudah habis usahanya. anaknya itu sesungguhnya binatang tidak punya perasaan. tidak pernah sudi merenung haknya sebagai seorang bapa anak itu.

sambil mempersoalkan tuhan dan mengenangkan ke mana silapnya, dia terlihat seorang lelaki yang manis wajahnya muncul di muka pintu.

tersenyum, dengan niat memberi sabar, lelaki manis itu berkata:
"sayang, gaduh sama mimi lagi?"

8 comments:

Anonymous said...

hurm...
bajingan betul...

. T Y D N D Y . said...

baca 2 kali, baru paham

Anonymous said...

xpaham...(T_T)
tolong citer jap...plisssss

ochs widdle said...

gay?

Melody M. said...

kurang faham...
siapa sebenarnya lelaki berwajah manis? dan siapa mimi? *keliru*

fynn jamal said...

bapanya homoseksual.
tapi dia tidak faham kenapa anaknya tidak sebaik konsep anak solehah konvensional.

yuyu said...

dasat..

sarah said...

bru phm lps kak fynn ckp.huh~