Saturday, October 11, 2008

tiga

pada suatu hari,
sebuah kerajaan telah diserang musuh beraskar naga dan gajah neraka.

seorang puteri yang baru sepurnama ditabal menjadi permaisuri kerana bersatu sama sang putera raja telah ditawan di puncak istana.

putera diikat lengan dan kakinya.
kepala disekat memandang pasangannya.

puteri disiat persalinan seluruh.
dan di depan suami, diratah musuh.

bagai binatang, si perempuan itu dimamah tanpa kasihan.
dijilat kulitnya, disedut nafasnya tanpa ada jiwa.
suara menyerak, menghilang dan sayup.
yang mampu cuma bercucur nyawa.

namun tidak cukup lagi.

selesai tubuhnya selesai, putera itu nan dahulunya kacak bercahaya dipenggal jemala, berguling di telapak isterinya yang telanjang.
terbiar, si puteri keras ditinggalkan musuh dengan akal yang hilang.

beberapa purnama berlari2 datang pergi.
puteri yang sekarang ini sekadar perempuan masam di dalam bangsal mula merasa loya dan berpinar.

ada nyawa dalam kandungan!

dan malam itu, dia memanjat kerusi dengan tali di leher bersedia mencengkam untuk menemukannya sama malaikat kematian.

semua sudah sedia.
kecuali dia.

kalau di dalamku ada secebis syaitan itu,
akan aku bawa dia ke jahanam!
... namun kalaulah pula ini sepercik suamiku,
nescaya hendak aku terus hidup dengan sedikit dia.

kaki sudah mahu menangkis bangku.
hatinya ada rasa tak mahu.

tuhan, dia tidak tahu.
lalu bagaimana?

4 comments:

pemuisi said...

katakan padanya...
temu janji bersama malaikat maut belum sampai...
dia harus menunggu lagi...

stardust said...

saya nak link blog ni k..best :)

ML; Mohd Loqman said...

life must go on.
kalaupun anak tu bukan dari dia & suaminya.
didiklah dia supaya tidak seperti manusia bangsat yang berbuat jahat pada dia.

ochs widdle said...

tak boleh check doktor??

huhu