pada suatu hari,
atas urusan keluarga, seorang gadis dan seorang jejaka berkahwin.
mereka hidup dengan biasa.
tiada begitu kaya.
tiada pula papa.
sangat biasa.
di satu purnama, hati sang isteri itu sayu kerana terfikirkan ibu bapanya yang jauh di seberang samudera.
ajaibnya, setiap airmatanya itu secara tiba2 menjadi berlian dan intan.
dan seperti siapa2, suaminya hilang timbangnya.
tamak dan gila.
dia mahukan lagi.
lebih banyak permata untuk menghias kosong jiwanya.
lebih berlebih lagi.
cukup?
jauh sekali.
ditunggu hari2 yang lain, si isteri tidak pula bersedih.
dilakukan bermacam2, segala nista, ditengking segala,
tetap sang isteri itu tidak menitik air mata.
dan di suatu hari, setelah habis semua cara,
diambil bilah tajam, dicungkil kedua mata isteri itu dengan haloba.
benar.
ada permata, intan, berlian di tengah kepala kaku itu.
tapi tersedar dia.
itu yang terakhirnya.
kalaulah disiksa lagi,
atau dibunuh ibu bapa isterinya,
mungkin dikelar2 jiwanya siksa,
pasti ada lagi air dari mata dia.
atau yang paling mudah,
percikkan bawang ke mata isterinya.
betapa bodoh.
Friday, October 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
nice one :)
i think i've heard it before in The Kite Runners. So beautiful.
i know!
i love the tale.
sangat dark, yet witty.
kan?
husband die tak cukup kreatif. haha.
tamak dan bodoh
still xbhenti gelak dgn ayat terakhir. bawang?
yg ni teman tak faham.
huhuhuh.
kat mana cite tu dimainkan.?
wujud lagi ke.?
bah! nice one this! beautiful.
manusia selalu pun tamak.
ini pengajaran yang baik.
cinta dan ketamakan.
akan rosak binasa semua.
this is super brilliant! :)
tindakan tanpa berfikir panjang akhirnya menyesal kerana sikap bodoh dan tamak sendiri.
hihihi...kompem IQ hotak suami ni rendah....hihi
Post a Comment