Tuesday, October 14, 2008

empat

pada suatu hari,
irwan bermimpi giginya patah.

menurut kata orang2 tua dahulu kala, barangsiapa diberi mimpi seumpama, nescaya akan ada sanak saudara atau sahabai terapat akan meninggal dunia.

irwan takut.

sejak itu, dia tidak ada mahu untuk makan. tidurnya diganggu fikirannya yang sentiasa elok pekertinya. fitrahnya yang biasa hidup dan cemerlang menjadi layu.

dia sangat takut.

seminggu dan beberapa hari telah berlalu. seorang teman yang antara terpaling rapat dengan irwan mula khuatir.

"ada apa dengan engkau, wahai rakan manisku?"

irwan yang pada asalnya mengunci bibir, akur setelah dimanja dengan pujukan risau sebegitu.

"aku didatangi bayangan sial ketika tidur"

dikisahkan setiap butir igau ngerinya dengan jelas. seterang ilusi yang terlalu realistik itu tempoh hari.

dan seperti mana seorang taulan yang benar2 mengambil kira suara hati sahabatnya, irwan ditenangkan rakan itu dengan sedikit kekeh kecil.

"mainan tidur, setiap itu"
"tidak"
"usah risau"
"benar!"
"orang2 tua cuma kata2 sahaja. jgn kau olok2kan akal kau"

berlarutan perbualan mereka hingga ke pagi.

irwan masih tegang urat lehernya menjuangkan apa yang dipercaya.
sahabatnya terus memujuk yang terbaliknya.

terus-terusan.

sehingga irwan tanpa diniatkan, mengambil ruas jemarinya yang dikepal. memberinya bertubi2 pada dada dan wajah temannya.

terus dan terus.
sampai nafas hilang dari hidung berlinang raksa merah itu.

sungguh benar kata orang2 tua.

8 comments:

Z.A said...

Akak hebat! bermain fantasi!

Z.A said...

semua cerita hebat!

CikSelampit said...

best juga cerita2 akak ni.
saya kalau buat cereka, bab ending mesti hancus..:(

ML; Mohd Loqman said...

sadis je.
:D

ochs widdle said...

tragis nih..

Anonymous said...

besh! =)


^LiLohOnEy^

sarancak! said...

kepercayaan trhadap sesuatu itu akan membuatkannya menjadi kenyataan?

aspirin said...

actually....
best entry ni nk bg komen...hihi
die sebenarnya terlalu percaya dengan kepercayaan orang tua...
takut mati....
hati resah....
sehingga menyebabkan dirinya mengalami depression menjadikan kelakuan di luar kawalan minda,pada masa ini hati yang mengawal dan akal hanya menerima arahan.....
kn?????